RSS

Selamat datang ke revolusi pelaburan hartanah era baru. Kami pakar membimbing golongan profesional atau individu yang ingin menceburi bidang hartanah.

Pelaburan Hartanah Yang Menguntungkan

Jemputan untuk Pelaburan Hartanah yang Menguntungkan

Assalamu alaikum,

Terdapat banyak cara untuk membina kekayaan tetapi ada tiga jenis pelaburan yang pasti membina kemewahan: 1) perniagaan yang stabil, 2) saham & saham amanah dan 3) hartanah. Sebenarnya, hartanah ialah antara aset yang paling baik untuk dimiliki dan boleh dikatakan suatu pelaburan yang mesti dimiliki jika ada kemampuan.

Mungkin anda terfikir nak melabur dalam hartanah, tetapi tak ada masa untuk mencarinya. Ramai orang tidak yakin untuk membeli hartanah. Ini disebabkan proses membeli hartanah amat renyah dan memang agak sukar. Lagipun untuk membeli hartanah banyak membabitkan emosi. Ada yang khuatir takut tersilap membeli hartanah. Ataupun tak mahu bersusah payah untuk mencari penyewa. Jadi ramai tak berani untuk mengambil risiko melabur tanpa cukup pengetahuan dan kajian. Bagi mereka yang berani mengambil risiko pula tidak mempunyai masa untuk mendalami teknik pelaburan hartanah. Inilah sebabnya kenapa kebanyakan eksekutif dan profesional yang mampu memilki hartanah (selain dari kediaman sendiri) masih belum memilki hartanah sebagai pelaburan.

Anda sebenarnya mampu memilki hartanah walaupun anda sibuk. Izinkan saya tunjukkan jalan. Semasa saya mula menceburi bidang hartanah saya yang pertama, saya hanya perlu mengeluarkan sedikit modal sahaja. Dan dari pengalaman yang saya timba dari luar negara kini saya applikasikan di sini untuk diri saya serta rakan-rakan saya. Kini saya menawarkan perkhidmatan saya sebagai penganalisa hartanah dan boleh menjadi jurulatih anda dalam membina portfolio hartanah. Dengan perkhidmatan berkualiti yang saya berikan anda boleh menceburkan diri dalam bidang hartanah sambil menjimatkan masa dan kos. Saya akan membantu anda mendapatkan dan memiliki hartanah di lokasi yang panas.

Dengan kepakaran yang kami memilki anda kini akan dibantu untuk mencapai kebebasan kewangan bagi jangka 6 hingga 8 tahun ke atas. Dengan pengetahuan yang akan kami kongsikan, risiko pelaburan adalah rendah dan boleh dikawal.Kini kami menawarkan perkhidmatan untuk golongan profesional yang ingin menceburi pelaburan hartanah. Kami akan membantu anda membina portfolio hartanah yang akan menjanakan pendapatan masa depan. Kamilah yang julung-julung kali memperkenalkan hartanah yang mempunyai “character” aliran tunai positif yang pertama di Malaysia.

Jika anda ingin mengukuhkan kewangan untuk menikmati pendapatan berterusan selepas besara, pelaburan hartanah pasti akan jadi satu strategi yang membantu anda mencapai kebebasan kewangan. Dengan aliran tunai dari sewa yang masuk setiap bulan, anda boleh meneruskan gaya hidup dengan menerima pendapatan tambahan selain dari pencen atau KWSP. Inilah komitmen saya kepada anda.

Shuhaimi Shoib
BijakProperty Academy

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS